Sunday, 8 July 2012


Tajuk 4 : Pembinaan Ujian


Pembinaan ujian 
Jenis-jenis ujian :
  • Ujian Objektif
  • Ujian Subjektif
a) Ujian Objektif
- Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Antara contoh ujian berbentuk objektif adalah : 
  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis aneka pilihan
  • Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis iaitu

- item respons bebas
- item respons tetap (item jenis aneka pilihan)

Jenis item respons bebas
- Jenis item ini memerlukan murid memberi pilihan jawapan dan tidak hanya menandakan jawapan betul daripada senarai jawapan yang telah disediakan. 

Jenis item pilihan jawapan tetap (item objektif jenis pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

  • Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
  • Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek / perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek / perkara di sebelah kanan.

  • Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut : 

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

b. Jenis jawapan terbaik

c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz
Alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru / penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
 Item Jenis Struktur
 Item Jenis Esei
 Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian :
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Saturday, 7 July 2012

jsu bm
Tajuk 3 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


JSU adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan objektif yang hendak dicapai. Dikenali juga sebagai JPU iaitu Jadual Penentuan Ujian (JPU). Kandungan merupakan topik-topik dalam sukatan pelajaran, manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi Bloom. Penentu objektif pelajaran ataupun aras-aras objektif bergantung kepada:
a.  Mata pelajaran
b.  Tajuk-tajuk yang diuji.
c. Peringkat kebolehan murid-murid atau pelajar-pelajar yang menduduki ujian atau peperiksaan itu.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa guru perlu membina JSU / JPU:

1. Dengan adanya JPU, guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian atau peperiksaan itu  dirancang dengan baik dan bukan dibina secara sebarangan.

2. Dalam JPU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajarannya berbanding dengan yang lain dan juga penegasan yang diberi kepada murid-murid atau  pelajar-pelajar. Hal ini akan menjamin bahawa ujian atau peperiksaan itu mempunyai kesahan isi dan  kebolehpercayaan yang tinggi.

3. JPU adalah suatu panduan dan penentu kepada guru yang akan menulis soalan.

4. JPU dapat mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian atau peperiksaan dari semasa ke semasa.

5. Berpandukan JPU yang telah disediakan oleh guru atau panel, guru yang berlainan dapat membina ujian  peperiksaan yang sama mutu, taraf dan kesukarannya.

Tujuan dan kepentingan JSU / JPU :

1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak diuji, isi kandung  yang diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar.

2. Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi.

3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian.

4. Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus.

Langkah Pembinaan :
1) Mengkaji Sukatan Pelajaran
·   mengkaji skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
·   mengkaji pendekatan yang boleh diambil dalam p & p.
·   kepentingan bandingtara antara tajuk-tajuk.
·   masa pengajaran yang diperuntukan untuk sesuatu tajuk.

2) Menganalisis objektif pelajaran
·  menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
·  menentukan tahap kesukaran yang mahu diuji.

3) Menentukan jenis item
· bergantung kepada domai objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif, psikomotor, afektif ataupun sosial.

4) Menentukan bilangan soalan
·  bilangan soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran.
·  jumlah soalan boleh mempengaruhi kesahan.
 Komponen Item
1.          Rangsangan
2.          Tugasan
3.          Arahan
4.          Peraturan/ Pemarkahan
5.          Pilihan jawapan

Monday, 2 July 2012


Tajuk 2 : Taksonomi dan Domain
Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom
  • Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
  • Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
  • Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
  • Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
    1. Pengetahuan
    2. Kefahaman
    3. Aplikasi
    4. Analisis
    5. Sintesis
    6. Penilaian
Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)
  • Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.
  • Contoh :
    1. Bilakah Malaysia merdeka ?
    2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
    3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
  • Objektif
    1. Umum : mengetahui
    2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)
Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)
  • Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.
  • Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
  • Tiga aras penting :
  1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
  2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
  3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)
  • Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
  • Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.
Aplikasi
  • Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
  • Objektif :
  1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
  2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.
  • Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
  • Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.
Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)
  • Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
  • Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
  • Cth :
  1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
  2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
  • Objektif
  1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
  2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
    - Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
    - Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?
  • Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.
Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)
  • Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
  • Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
  • Objektif :
  1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
  2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis
  • Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.
  • Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

    Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
Penilaian
  • Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
  • Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
  • Objektif :
    1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
    2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.
  • Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
    Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
    : Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.
  • Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
  • Cth :
    1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
    2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

 Domain Krathwohl
Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1.  Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2.  Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5.  Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.



Perbandingan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian.


Perbandingan
Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Definisi
Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid
Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.
Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.
Tujuan
Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.                      
Bentuk
1.  Set ujian bertulis dengan markah dan gred
1.    Pemerhatian
2.    Ujian lisan
3.    Ujian bertulis
1.    Jadual
2. Gred berdasarkan teknik perangkaan
Proses perlaksanaan
Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.
Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.
Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan.
Masa
Selepas sesi pembelajaran
Selepas sesi pembelajaran
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran
Liputan
Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan
Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum
Keputusan
Menunjukkan pencapaian secara relatif
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik
Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.
Tajuk 1 : Konsep Pentaksiran , Pengujian, Pengukuran dan Penilaian.



- Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. 



- Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. 



- Proses pendidikan pula melibatkan operasi dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah : 

a) Instrumen
b) Kumpulan yang ditaksir
c) Respons
d) Kumpulan yang menaksir
e) Skor

Pengujian

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.

 Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

 Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran

 Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.

 Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Pengukuran

- Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. (Mokhtar Ismail, 2002) 

- Contoh : mementukan markat pelajar

- Proses mendapatkan penjelasan secara numerik, tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri-ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Penilaian


- Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives.



- Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.



- Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. 

- Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. 

- Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.


Ikon perkaitan antara pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian.