Monday, 2 July 2012

Tajuk 1 : Konsep Pentaksiran , Pengujian, Pengukuran dan Penilaian.



- Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. 



- Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. 



- Proses pendidikan pula melibatkan operasi dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah : 

a) Instrumen
b) Kumpulan yang ditaksir
c) Respons
d) Kumpulan yang menaksir
e) Skor

Pengujian

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.

 Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

 Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran

 Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.

 Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Pengukuran

- Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. (Mokhtar Ismail, 2002) 

- Contoh : mementukan markat pelajar

- Proses mendapatkan penjelasan secara numerik, tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri-ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Penilaian


- Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives.



- Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.



- Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. 

- Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. 

- Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

No comments:

Post a Comment