Tajuk 3 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan
objektif yang hendak dicapai. Dikenali juga sebagai JPU
iaitu Jadual Penentuan Ujian (JPU). Kandungan merupakan topik-topik dalam sukatan pelajaran,
manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi
Bloom. Penentu objektif pelajaran ataupun aras-aras
objektif bergantung kepada:
a. Mata pelajaran
b. Tajuk-tajuk yang
diuji.
c. Peringkat kebolehan
murid-murid atau pelajar-pelajar yang menduduki ujian atau peperiksaan itu.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa guru perlu membina JSU / JPU:
1. Dengan adanya JPU, guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian atau peperiksaan itu dirancang dengan baik dan bukan dibina secara sebarangan.
2. Dalam JPU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajarannya berbanding dengan yang lain dan juga penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar. Hal ini akan menjamin bahawa ujian atau peperiksaan itu mempunyai kesahan isi dan kebolehpercayaan yang tinggi.
3. JPU adalah suatu panduan dan penentu kepada guru yang akan menulis soalan.
4. JPU dapat mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian atau peperiksaan dari semasa ke semasa.
5. Berpandukan JPU yang telah disediakan oleh guru atau panel, guru yang berlainan dapat membina ujian peperiksaan yang sama mutu, taraf dan kesukarannya.
Tujuan dan kepentingan JSU / JPU :
1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi
mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak diuji, isi kandung yang
diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar.
2. Kesahan ujian yang tinggi akan
menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi.
3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal
item ujian.
4. Mencerminkan isi dan
hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus.
Langkah Pembinaan :
1) Mengkaji Sukatan Pelajaran
· mengkaji
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
· mengkaji pendekatan yang boleh diambil
dalam p & p.
· kepentingan
bandingtara antara tajuk-tajuk.
· masa
pengajaran yang diperuntukan untuk sesuatu tajuk.
2) Menganalisis objektif pelajaran
· menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
· menentukan
tahap kesukaran yang mahu diuji.
3) Menentukan jenis item
· bergantung
kepada domai objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif,
psikomotor, afektif ataupun sosial.
4) Menentukan bilangan soalan
· bilangan
soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran.
· jumlah
soalan boleh mempengaruhi kesahan.
Komponen Item
1.
Rangsangan
2.
Tugasan
3.
Arahan
4.
Peraturan/
Pemarkahan
5.
Pilihan
jawapan
No comments:
Post a Comment