Tajuk 2 : Taksonomi dan Domain
Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom
- Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1956.
- Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat
soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
- Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah
seperti fakta, teori, dan hukum.
- Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari
isi penting daripada petikan yang dibaca)
- Terdapat enam
peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan
– cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana
tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan ( selalunya
mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)
- Tujuan
: mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa
sebarang perubahan.
- Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia? - Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)
Kefahaman (kebolehan
untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)
- Konsep :
menjelaskan maklumat dengan terperinci.
- Merupakan
peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
- Tiga aras
penting :
- Terjemahan isi
(isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
- Memberi tafsiran
/ makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan
menemui ajal masing-masing. )
- Ekstrapolasi
(tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai
manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang
berlaku pada bila-bila masa sahaja)
- Tujuan :
memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan
membezakan.
- Cth : jelaskan,
bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.
Aplikasi
- Tujuan :
menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang
maujud.
- Objektif :
- Umum :
menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
- Khusus /
spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan,
mengendalikan.
- Cth : soalan
yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
- Menekankan
kaedah, prinsip, hukum, dan teori.
Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)
- Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara
yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
- Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
- Cth :
- Berikan faktor,
punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
- Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
- Objektif
- Am :
mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
- Spesifik :
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan
organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?
- Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.
Sintesis – (lebih kepada
sains, BM- karangan)
- Menguji
kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau
idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
- Tujuan :
membentuk sesuatu yang baharu.
- Objektif :
- Am : menulis
karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
- Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis
- Cth :
Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat
menerangkan mengenai pen tersebut.
- Kosa kata
popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.
Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
Penilaian
- Menguji
kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi
pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
- Tujuan : membuat
penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
- Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.
- Jenis : sejauh
mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah. - Kasa kata
popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan,
huraikan, buktikan.
- Cth :
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.
Domain Krathwohl
Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi
emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R.
Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan
dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks
pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka
membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan
atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka
membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu
sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat
ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai
tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan
perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup
sendiri.
No comments:
Post a Comment